马来西亚国家语文局推介中国当代诗歌(第五辑)

作者:郁葱 等   2024年01月26日 09:43  中国诗歌网    3122    收藏
编者按

中国诗歌历史悠久,在漫长的发展过程中,形成了自己独特的品质和魅力,是中华优秀传统文化的组成部分,陶冶并滋养着人民的精神世界。传承和弘扬优秀的诗歌文化,开展中外诗歌交流,有利于丰富中国诗歌的实践探索,为中国诗歌现代化发展开拓思维和创新能力。

2022年5月,为纪念中马建交48周年,由中国作协外联部指导,以“中国诗歌走进马来西亚,吟诵两国人民友谊”为主题的“中马诗歌朗诵会”,在马来西亚国家语文局大礼堂举行,来自中马不同地区和机构的诗人、艺术家们通过线上线下的方式吟诗唱诗,献上了精彩的文艺表演。期间,《诗刊》社、马来西亚国家语文局和马来西亚汉文化中心三方签署了中马诗歌交流合作意向书,计划将在未来推动更多中马诗歌翻译、出版等文化交流活动。2024年,正值中马建交50周年之际,由《诗刊》社编选、马来西亚汉文化中心组织翻译的中国当代诗歌已全部译成,从近年《诗刊》中精选出50首当代诗歌翻译成马来文,中国当代诗歌在海外得到传播和推广。

2024年1月起,中国诗歌网将每期发布10首汉语、马来语对照诗歌,并同步在中马两国推出,通过诗歌交流增进两国人民对不同文明的理解和认识,欢迎广大诗友们关注!



马来西国家推介中国当代诗歌

(第五辑)

作者     郁葱 | 伽蓝 | 宋尾 | 梁小斌 | 张执浩 | 胡弦 | 汤养宗 | 陆辉艳 | 孙文波 | 鱼小玄
译者     Lee Hao Jie  | Lim Zhi Xin


第一辑 | 第二辑 | 第三辑 | 第四辑


1


虫儿记

郁  葱


早春的时候有柳絮,

有青绿,还有虫子,

各种各样的虫子,

钻进土里的和飞起来的,

它们都很小,小得可爱。


大概在天地之间,

人不过如虫,

甚至比它们还微小还微弱,

有时我们留下一些文字,留下了声音,

仅仅不过像是虫子们身后的印痕。


那印痕没有多深,

风一吹雨一遮就消失了,

那些肤浅的印记再也找不到,

留下的,未必比得了一夜长大的一棵浅草。


其实更愿意像一个小虫子,

冷而蛰居,暖遂萌动,

简单寻生活,清净伴日月,

不问尘世喧嚣,只见草绿草黄。

早晨看着虫子们在树丛中的那份从容,

就想,虫儿微不足道,

但它们未必没有大于我辈的心胸和满足。

或者蝶裳轻舞,

或者草长莺飞,

如此,为人足矣,

为虫,亦足矣。


我曾经在某一个傍晚看到过人的脆弱,

风一吹,他就破碎。



CATATAN TENTANG ULAT

Yu Chong

Penterjemah: Lee Hao Jie


Ada dedalu di awal musim bunga,

ada dedaunan dan ulat juga,

ulat dengan segala macam bentuknya,

ada yang mengorek tanah

dan yang terbang ke udara,

kecil-kecil, dan comel pula.


Barangkali antara langit dan bumi,

manusia tak banyak berbeza dengan ulat

malah lebih kecil dan lemah,

kadangkala kita tinggalkan kata dan suara,

sama seperti ulat meninggalkan tanda.


Tanda yang tersisa tidak mendalam,

ia segera lenyap sebaik saja angin bertiup

dan dilimpahi hujan,

tanda yang ringan itu tak lagi dapat kucari,

kesan yang tinggal tak seberapa

dibandingkan dengan rumput

yang baru tumbuh semalaman.


Hakikatnya, aku lebih rela menjadi ulat kecil,

ketika sejuk, ia memendamkan diri,

dan saat panas, ia cergas kembali.

Mencari hidup sederhana, menghabiskan masa dengan ketenangan, 

tanpa peduli pada dunia penuh kesibukan,

hanya memberi tumpuan pada hijau dan kuning rerumputan.

Melihat ulat yang tenang antara pepohonan di waktu pagi,

aku terfikir, betapa ulat tak banyak jasanya,

tetapi mereka tidak kurang cita-cita

dan rasa puas hati berbanding diri kita ini

kupu-kupu yang riang menari,

atau rerumputan yang tumbuh,

dan burung kunyit yang terbang,

sudah cukup berbaloi untuk manusia,

pada ulat ia hal yang sama juga.


Suatu senja, aku pernah menyaksikan kelemahan manusia,

Tatkala angin bertiup, hancur segala dirinya.


2


钟鼓楼

伽  蓝


作为一个时代的遗产,它们

穿越了时间屏障

端坐于京城中轴线之北

在新颖与繁华间

无声而庄严。日光,像奇迹


一次次照耀在新雪上

月光,这与生俱来的安慰

交换翅膀和耳鸣

闭起眼睛:四面风景涌动着

片片生意,雨滴般的刻漏


校准了星辰。已经几次

从毁坏中站起来,收拢

流散的光芒,汇聚为一个

祈祷:爱,是时间的起点

也是世界的尽头


这记忆的形貌,这凝固的火焰

超脱于石头、铁和形体

——此刻,宇宙的心脏

是安静的。白昼与黑夜交替

栖落在它永恒的屋脊



MENARA LOCENG DAN GENDANG

Ga Lan

Penterjemah: Lee Hao Jie


Sebagai warisan suatu zaman, kedua-duanya

melangkaui sempadan masa

letaknya di utara paksi utama ibu kota negara antara kebaharuan dan kemakmuran

diam dan mulia. Dilimpahi cahaya mentari, umpama satu keajaiban mempesona


bersinar di atas salji baharu, berkali-kali

dalam cahaya bulan, rasa selesa semula jadi

bertukar sayap dan bunyi dentingan

pejamkan mata: pemandangan sekeliling meluap seperti titisan hujan.


membidik bintang-bintang. Telah bangkit berkali-kali

daripada kemusnahan,

mengumpul segala cahaya berserakan menjadi satu

doa: cinta adalah titik permulaan masa

ia juga pengakhiran untuk dunia


rupa bentuk kenangan ini, nyala yang membeku

terpisah dari batu, besi dan bentuk

--- pada saat ini, jantung alam semesta

terdiam. Siang dan malam silih berganti

hinggap di bumbung yang abadi


3


旅行回家

宋  尾


没有比旅行几天后回家更让人心安的了;

没有比旅行回家更让人低沉的了;

不可能有比这种转折更让人忧悒的了。

你幸运地结识了一个朋友,

你们费了不少时间走近彼此并且

拥有对方,尽管不能完全

理解和洞悉对方,时间到了。

那是车船的截止期,那是回家的日子,旅行结束了。

此后你要揣着一个明显的空洞

坐在记忆里,在你还算宽阔的阳台上:

你视野里面,黄昏的鸟(它们大概有十余只)

啾然飞出稠密的树林,似乎它们的家

并不在我们认为的那必然的地方,

而是一种我们从未领略的神秘之所。



PULANG DARI BERCUTI

Song Wei

Penterjemah: Lee Hao Jie


Tiada yang lebih menyenangkan daripada pulang ke rumah setelah bercuti;

tiada yang lebih menyedihkan daripada pulang ke rumah setelah selesai bercuti;

Tiada yang lebih mengkhuatirkan daripada perubahan keadaan ini.

Kau cukup bertuah mengenali teman baharu,

kau menghabiskan banyak masa untuk menjadi akrab

memiliki satu sama lain, meskipun tak memahami seluruhnya diri masing-masing.

Masa telah sampai, tarikh akhir tiket perjalanan, hari untuk pulang ke rumah, percutian sudah selesai.

Dari hari itu, kau harus membawa satu ruang kosong yang ketara

dalam ingatan, di beranda yang masih dikira luas:

dalam bayanganmu, ada burung-burung pada waktu senja (agak-agaknya puluhan ekor)

mencicip terbang keluar dari hutan tebal, nampaknya tempat mereka tinggal

bukan tempat seperti anggapan kita

ia sebuah tempat misteri yang tak pernah kita fahami.


4


又见群山如黛

梁小斌


又见

群山如黛


确有一道

散发松脂气息的木制栅栏

从山脚

我的脚下

向山顶延绵


扶持着那道木制栅栏

临近峰巅

我将青花围巾拴在围栏上

青花围巾里有诗

是有别针别住那张纸


猜测跳崖的前景

曾经我和青花围巾往下飘

只恐半山腰的那棵树

只接住了围巾

却漏掉了我


确有一道散发松脂气息的

木制栅栏

临近峰巅

终被置换成一堵

雕栏玉砌

它已环绕着群山如黛


观群峰如黛深意

谨防群峰一个回闪

倒映于我

心底黑色沉潭


我偎依

我扶持

我也是一根能够站住的围栏



MELIHAT KEMBALI BANJARAN GUNUNG

Liang Xiaobin

Penterjemah: Lee Hao Jie


Aku melihat lagi

banjaran gunung


memang ada

pagar kayu beraroma resin

dari kaki gunung

dari bawah kakiku

berjajaran ke puncak sana


berpaut pada pagar kayu

menghampiri puncak

aku mengikat skaf biru putih pada pagar

ada puisi pada skaf biru putih

kertasnya disemat dengan peniti


mengagak keadaan sebelum terjun dari lereng

suatu waktu, skaf biru putih dan diriku

melayang jatuh

aku cuma takut pada pohon-pohon

di tengah-tengah gunung

hanya menyambut skaf itu

dan terlepas menyambut tubuhku


memang ada pagar kayu

beraroma resin

semakin menghampiri puncak

akhirnya digantikan dengan pagar

dan susur daripada jed berukir

ia mengepung banjaran gunung


merenung banjaran gunung hijau tua

mengelak gema ingatan menakutkan

yang terpantul pada kolam hitam

dalam hatiku


aku memeluk mesra

aku menyokongnya


aku juga pagar yang kukuh bertahan.


5


林中闪电

张执浩


哪里都去不了的时候我选择

往回走,如果脚力足够

我甚至可以走回到1994年

夏天的芦芽山——

在阳光也无法穿透的密林深处

闪电仍在记忆中追赶我

一道又一道闪电,在我们身后

无声地抽打着云杉和油松,而惊雷

盘踞头顶,在我们看不见的树冠上来回滚

年轻真好,但那时候的年轻人意识不到

我们只是一味地贪恋着落叶的松软

在上面弹跳、欢呼,并不知晓

这些危险的举动会带来什么

当我们从丛林深处奔涌而出

骤雨停歇,太阳破云而出

我记得临别时曾经回过头去

但是闪电已经放弃了对我们的追逐

那些一度被闪电划亮过的面孔

如今都已经暗淡了,如同

那一棵棵你推我搡的阔叶树针叶树

离开森林之后就沦为了柴火



KILAT DI RIMBA

Zhang Zhihao

Penterjemah: Lee Hao Jie


Pabila tak dapat ke mana-mana, aku memilih untuk berpaling, jika masih berdaya

aku boleh berpatah balik ke tahun 1994

Gunung Luya pada musim panas —

di kedalaman rimba cahaya matahari

tak mampu menembusinya

kilat masih mengejarku dalam ingatan

kilat demi kilat, di belakang kami

diam-diam mencambuk pohon fir dan pain merah Cina,

sementara guruh sejengkal di atas kepala,

bolak-balik di puncak pepohonan yang tak terjangkau mata

memang hebat waktu muda, tetapi

orang muda waktu itu tak menyedarinya

kami hanya mengidamkan kelembutan

dedaunan yang berguguran

melompat dan bersorak gembira, tanpa tahu maknanya

apakah yang mampu dibawa oleh tindakan bahaya ini?

Tatkala kami segera keluar dari hutan rimba

gerimis berhenti seketika, mentari memancar menembusi awan

aku masih ingat aku pernah berpaling sewaktu kami berpisah

tetapi kilat sudah mengalah untuk mengejar kami

wajah-wajah yang pernah diterangi cahaya kilat

kini muram semuanya, seperti

pohon-pohon berdaun lebar dan pokok konifer

yang berasak-asakan

setelah meninggalkan hutan rimba ini,

ia tak lain akan bertukar menjadi kayu api.


6


器识(节选)

胡  弦


1

在博物馆里我看到一只水罐,

破裂,又重新被拼好,有几块不见了。

一只这样的水罐,类似遗址,

不是考古学,更像一种遥远的地理学:一处

我们遗失在时间中的住宅。

当初,它被水充满,那水,便再也不是自然之水,

透明、清亮,像一种新生的世界观,

又像人世间最温暖的事。

当它突然破裂,猝然传来的

是卷散裂纹,和解体般的灼热。


2

我在听一只陶罐。

这是另一种圆满:“那残缺的部分,

可用来修补它的一生。”

——向着上游,由完善的

听觉推动,直到它回到最初的一群。

在谛听中,一切仍在继续,新的形态

出现在每个人面前时,恍如

爱是比折磨更糟的事情,

永恒是比短暂更糟的事情。

你了然于胸,又对这了然一筹莫展。


3

它最早是尖底的,方便在水中翻倒,

当它被充满,多数人看到它装得很少,

少数人看到自己需要的很少。

它的尖底,直立于大地柔软的年代。

后来,它变成了平底的、青铜的、瓷的,形状

和名字,都发生了改变,分别被叫做

瓶、罐、瓮、碗、杯、壶、炉、爵、尊、鼎……

有的太大,为国之重器,

有的很小,适合晚餐时的放松和欢愉。

大大小小的空,每一种

对应着不同的欲望和功能:泡茶,插花,

温酒,无物可盛时,空着。

——它也会饿,长久的空无使它

慢慢在平静中被恐惧充满,变成了

一个无法被界定的空间,并加设了密码。

“空间,同样会被饿死。”

仿佛有一张脸从那里

望着我们,带着祈求,但再也不是

一种表达方式。



MENGENALI ARTIFAK (PETIKAN)

Hu Xuan

Penterjemah: Lim Zhi Xin


1

Di muzium aku melihat sebuah kendi,

retak, dicantumkan semula, tetapi masih ada

serpihan yang hilang.

Kendi sebegini umpama reruntuhan purba,

bukan bahan arkeologi, namun ilmu geografi

yang terasing:

tempat kediaman kita yang hilang ditelan masa.

Ia pernah diisi air, dan airnya bukan lagi yang semula jadi.

Bening dan jernih, seperti pandangan dunia baharu,

mahupun perkara yang paling mengharukan manusia.

Apabila ia retak tiba-tiba, jalur retaknya merebak,

dan hancur luluh bagaikan haba yang berbara.


2

Aku sedang mendengar sebiji belanga tanah liat

ia satu kesempurnaan yang berbeza: “Bahagian yang tidak lengkap, boleh memperbaiki seluruh hidupnya.”

— Ia menuju ke atas, didorong oleh pendengaran yang sempurna, sehingga kembali ke asal usulnya.

Sementara aku yang mendengar, segalanya

masih berterusan, dan apabila bentuk baharu

muncul di depan semua, nampaknya cinta itu

lebih dahsyat daripada rasa terseksa,

dan abadi lebih teruk daripada yang fana.

Kau mengetahui semua itu, tetapi kau

tak berdaya berbuat apa-apa.


3

Asalnya bahagian dasar berbentuk tirus,

supaya mudah untuk mencedok air.

Apabila penuh berisi, kebanyakan orang

melihat tak seberapa air yang ada,

hanya segelintir saja yang sedar

betapa sedikit yang diperlukan sebenarnya.

Bentuk dasar yang tirus berdiri tegak

ketika bumi masih lembut tanahnya.

Kemudian, dasarnya menjadi rata,

diperbuat daripada gangsa, porselin,

dan bentuk serta nama yang berubah

dipanggil sebagai labu, balang, bejana, mangkuk, cawan, kendi, dapur, cangkir, pasu, kawah...

Yang besar dijadikan khazanah negara,

Yang kecil digunakan untuk bersantai waktu malam.

Besar mahupun kecil, setiap ruang kosongnya

memenuhi hasrat dan kegunaan berbeza:

membancuh teh, menggubah bunga,

memanaskan arak, dan dibiarkan kosong

jika tak ada yang mengisinya.

— Ia juga berasa lapar, dan kekosongan begitu lama membuatkannya perlahan-lahan diisi

oleh ketakutan dalam ketenangan,

ia menjadi ruang yang tak dapat ditafsirkan

malah dikunci dengan kata rahsia.

“Ruang juga boleh mati dek kelaparan.”


Seolah-olah ada satu wajah

yang sedang terdesak memandang kami,

namun ia bukan lagi suatu ekspresi.


7


神秘的逸事

汤养宗


空旷的河滩上,我等待一群马呼啸而来

蝴蝶那样没有身世,但有

云朵的气味,骨骼里

带有月光的成分,生死不明的意味

它们停下来饮水,然后与我对视

仿佛一群路人对着一个路人

没有话题,上一刻的回忆、来路,或者神旨

只为了一场见识,让我见到它们

果然被蝴蝶附体的神态

为了这场见面,我渐已年迈于这空旷的河滩



ANEKDOT MISTERI

Tang Yangzong

Penterjemah: Lim Zhi Xin


Di tebing sungai yang lapang, aku menunggu

sekumpulan kuda berlari ke arahku

meskipun rama-rama tiada pengalaman hidup, tetapi ia

memiliki bau awan gemawan, dalam rangka tubuhnya

ia mempunyai bahagian daripada cahaya bulan, iaitu makna nasib yang tidak menentu ketahuan

kuda-kuda itu singgah, minum air dan memerhatikanku

seperti sekumpulan manusia yang merenung orang lalu-lalang

tanpa topik berbicara, tanpa kenangan kisah sebelumnya, tanpa latar belakang, atau takdir suci mulia

sekadar satu pengalaman, biarlah aku

yang memandang haiwan itu

seperti yang dijangka, ia memandangku

seperti ia dirasuk oleh rama-rama

demi pertemuan ini, aku menjadi tua

di tebing sungai yang lapang


8


薄  暮

陆辉艳


光线将身影投在礁石上

像另一个自我,摆脱了荆棘

变得幸福、通透


一天中没有比薄暮

更温柔的时刻。当我们注视河面

影子也在注视

它自身虚幻的轮廓


此时红水河逆着光,时间

被它藏在无声的堤岸

和波澜中。有人在游弋

借助浮球,他们可以轻松到达对岸


——为何我来到这里?无需寻找

想象有它的通灵

无需语言。记下这时的薄暮

和此后经历的

有什么不同。无需试探河水

证实我曾与波澜相处

因为突然的鸣啭声阻止了我


那从水草间荡漾的秘密

帮助我消解了重力与恐惧



SENJAKALA

Lu Huiyan

Penterjemah: Lim Zhi Xin


Cahaya menebarkan bayang pada batu karang

seperti diri yang lain, bebas dari ranjau kehidupan

menjadi bahagia dan mudah dibaca


tidak ada waktu yang lebih lembut dalam sehari

seperti waktu senja. Apabila kita melihat permukaan sungai

bayang pun akan melakukan hal yang sama

melihat sendiri garis bentuk dirinya


kini, sungai yang merah airnya menentang cahaya,

dan masa disoroknya di tebing sunyi

dan dalam alunan ombak. Ada yang sedang bersiar-siar

dengan bantuan pelampung, mereka menyeberangi sungai dengan mudah


— kenapa aku datang ke sini? Tak perlu mencari

dengan kuasa imaginasi fikiran dan jiwa

tak perlu bahasa. Ingatilah senja ini

dan pengalamanku sesudahnya

apa perbezaannya? Tak perlu menguji air sungai

demi membuktikan aku pernah bergaul dengan ombaknya

kerana ciapan burung-burung tiba-tiba menghentikannya


rahsia yang beralun antara rumput air

membantuku untuk melenyapkan beban dan ketakutan.


9


划破黑暗

孙文波


傍晚在山道徒步,周围的景

越来越模糊——黑暗从山脚弥漫,

先是到达远处的山脊,然后

一点点地,向我的身体围拢。某块石头

还剩下一片灰色,路上的坑洼还留下

几块发亮的反光。紧接着黑暗

缓慢升上天空,直到变成一块巨大的黑幕。

几颗星星在这时候凸显。仔细仰望,

犹如镁铝合金镶嵌在天鹅绒上。

说明世界又进入一次轮回。哪怕还在走着,

仍然感到身体的某一部分在进入休眠。

必须强打起精神,不断地告诉自己,时间

总在逝去,思想却不能不挽留。

怎么做呢?更有力迈开脚步。仿佛自己

正走在永恒的一边。虽然已置身黑暗。

前进的身体却像利刃不断划破黑暗。



MENGELAR KEGELAPAN

Sun Weibo

Penterjemah: Lim Zhi Xin


Berjalan di denai gunung pada waktu senja,

pemandangan sekeliling

semakin kabur — kegelapan menebar dari kaki gunung,

menjangkau rabung di kejauhan, kemudian

sedikit demi sedikit, mengelilingi tubuhku, ada seketul batu

masih kelihatan tompok kelabu dan permukaan lopak-lopak di jalan masih meninggalkan beberapa pantulan cahaya berkilauan. Kemudian, kegelapan perlahan-lahan menanjak ke langit sehingga ia berubah menjadi layar hitam.

Beberapa butir bintang tampak menyerlah pada saat ini. Lihatlah dengan hati-hati, ia seperti aloi aluminum magnesium yang disepuh pada bulu baldu angsa.

Ia menunjukkan bahawa sekali lagi dunia

sudah menjalani penjelmaan semula.

Biarpun aku masih melangkah,

sebahagian tubuhku terasa seperti kaku.

Aku perlu bersemangat dan bersuara

kepada diri sendiri bahawa masa sentiasa berlalu pergi,

tetapi fikiran harus dikekalkan.

Apa yang harus dibuat? Melangkah ke depan dengan lebih bertenaga. Seolah-olah diri sedang berjalan di sisi keabadian. Walaupun sudah berada dalam kegelapan.

Tubuh yang maju ke hadapan seperti mata pisau yang mengelar kegelapan.


10


梨雨绵绵

鱼小玄


下了数日梨雨,天地又清又明

春雾浮晃在春江,涂过新漆的渔船

窄窄船身,摇过半峡才出湾


“梨花哎……在哪儿哎……” 

“梨花哎……开慢些哎……” 


艾叶簇簇,村中阿婆端出旧瓦钵

熟米粉过筛,青青艾团子甜豆沙馅

老梨树扶着腰,颤巍巍抖落梨瓣


村巷积雨,她弄湿了布鞋

梨酒清清冽冽,她想起那年见他

他斗笠挡雨,撑篙唱着歌子


那歌声,多么遥遥绵绵

峡中只听得雨落、溪淌、禽鸣

怯怯梨花,花枝勾抱着春山



GERIMIS BUNGA PEAR

Yu Xiaoxuan

Penterjemah: Lim Zhi Xin


Setelah gerimis berhari-hari, langit dan bumi

menjadi terang dan bersih

kabut musim bunga berapungan di sungai,

dan menyelubungi perahu nelayan yang baru dicat

badan perahu yang sempit, teroleng-oleng

merentasi separuh gaung sebelum menuju ke teluk.


“Hei bunga pear... di mana engkau...”

“Hei bunga pear... mekarlah perlahan-lahan...”


di rimbunan daun pohon ai*, nenek tua di desa

mengambil mangkuk tembikar lama

Mengayak tepung beras yang sudah dimasak,

membuat kuih manis berinti kacang hijau

pohon pear tua mencekak pinggang,

menggoyangkan diri dan menggugurkan kelopak bunga


lorong desa dibanjiri hujan, kasut kain si nenek turut basah.

Arak buah pear begitu jernih dan segar, dan si nenek teringat masa silamnya

bertemu pemuda memakai topi buluh, memegang galah pancang perahu dan menyanyi di tengah hujan.


Lagu itu, sayup-sayup dan terus berkumandang

di gaung, hanya terdengar bunyi hujan turun, aliran sungai, dan kicauan burung-burung.

Bunga pear yang lembut dan malu-malu, memeluk gunung musim bunga dengan rantingnya.


Nama botani:

*Artemisiae argyi - sejenis tumbuhan herba



编辑:王傲霏

二审:牛莉

终审:金石开、符力

扫描二维码以在移动设备观看

诗讯热力榜

  1. 中国作协召开党组(扩大)会暨机关党建工作领导小组会议 动员部署树立和践行正确政绩观学习教育
  2. 《我们的青春诗会》即将首发 | 青春诗会40届纪念画册(第三辑)
  3. 物象的静观与历史的回声:胡弦诗歌艺术论
  4. 当诗歌遇见光影:中国诗歌网邀您加入诗歌创意短视频拍摄
  5. “唐诗之路,诗意台州”诗歌征集获奖名单公示
  6. 杨志 | 旧体诗的回马枪
  7. 2025新时代青年诗词十佳诗人揭晓
  8. 第四届“邵武是个好地方”诗歌征集启事
  9. 第九届“铜铃山杯”全国诗歌大赛征稿启事
  10. “写给内蒙古的诗”主题创作活动启事
  11. 完整榜单>>
  1. 《我们的青春诗会》即将首发 | 青春诗会40届纪念画册(第一辑)
  2. 中共中央国务院举行春节团拜会 习近平发表讲话
  3. 诗歌大擂台第41期“十佳诗歌”评选(C组)
  4. 中国作家协会致全国作家和文学工作者的新春贺信
  5. 中国作协联合抖音,喊你来写春节作文啦!
  6. 诗歌大擂台第41期“十佳诗歌”评选(D组)
  7. 诗歌大擂台第41期“十佳诗歌”评选(B组)
  8. 诗歌大擂台第41期“十佳诗歌”评选(E组)
  9. 2025新时代青年诗词十佳诗人揭晓
  10. 诗歌大擂台,公开征集挑战者!
  11. 完整榜单>>
  1. 解放军某部上校军官王方方来信|我与中国诗歌网这十年
  2. 2025新时代青年诗词十佳诗人揭晓
  3. 中国作协联合抖音,喊你来写春节作文啦!
  4. 新时代长诗奖终评结果公示
  5. 物象的静观与历史的回声:胡弦诗歌艺术论
  6. 《我们的青春诗会》即将首发 | 青春诗会40届纪念画册(第二辑)
  7. 中国作家协会致全国作家和文学工作者的新春贺信
  8. 《我们的青春诗会》即将首发 | 青春诗会40届纪念画册(第一辑)
  9. 刘庆霖:浅谈我的“旧体新诗”
  10. 快递小哥诗人走进街道驿站分享创作心路
  11. 完整榜单>>
  1. 《诗刊》征集广告词
  2. 清新旷达 笔底无尘——读温皓然古典诗词
  3. 玉溪元江:志愿服务队为乡村儿童思想道德建设添“诗意”
  4. 同舟共济,以诗抗疫——全国抗疫诗歌征集启事
  5. 关于诗和诗人的有关话题
  6. 赏析《不要温和地走进那个良夜》
  7. 寻找诗意 美丽人生——上海向诗歌爱好者发出邀请
  8. 以现代诗歌实践探寻现代诗歌的本原
  9. 中国诗歌网“每日好诗”诗人名录
  10. 首届“国际诗酒文化大会”征稿启事 (现代诗、旧体诗、书法、朗诵、标志设计)
  11. 完整榜单>>